
15+ TAHUN PENGALAMAN DALAM PEMBERSIHAN
UNTUK SEKTOR AWAM
DAN SEKTOR SWASTA
BINA PUNCAK TRADING Berazam Dan Berkeyakinan Tinggi Serta Mampu Bersaing Secara Sihat Dan Memastikan Visi Dan Misi Syarikat Kami Mencapai Matlamat Dan Menjadi Syarikat Contoh Dalam Memberi Perkhidmatan Dan Pembekal Yang Di Segani.

KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA
BINA PUNCAK TRADING Adalah Sebuah Syarikat Milikan Tunggal 100% Bumiputra Dan Telah Ditubuhkan Pada 19hb Julai 2009 Serta Telah Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Malaysia.
Aktiviti Utama Yang Dijalankan Adalah Memberi Perkhidmatan Dan Sebagai Pembekal Kepada Sektor Awam Dan Swasta Sejajar Dengan Kehendak Pengguna Di Dalam Industri Ini.
BINA PUNCAK TRADING Sedia Memberi Perkhidmatan Yang Profesional, Efektif Dan Cekap Selain Memfokuskan Kualiti Dan Kepuasan Pelanggan/Penggunanya. Skop Kerja Kami Tertumpu Kepada Perkhidmatan Kerja Awam, Perkhidmatan Pembersihan Kawasan Dan Landskap. Ia Merangkumi Kerja-Kerja Seperti Mencuci Bangunan, Tandas Awam, Mengecat Bangunan, Pembuangan/Pembersihan Sampah Di Kawasan Awam Dan Taman-Taman.
BINA PUNCAK TRADING Juga Adalah Syarikat Yang Membekalkan Bahan Material Untuk Kegunaan Pelbagai Sektor Industri Bagi Memenuhi Keperluan Dan Kehendak Pasaran Global. Kami Membekalkan Bahan Seperti Peralatan Alat Tulis, Alat Bantuan Mengajar, Perabot Pejabat, Mesin-Mesin Pejabat, Pakaian & Peralatan Sukan, Cenderamata/Hadiah Dan Alat Komunikasi.

MESYUARAT MINGGUAN
Mesyuarat Ini Diadakan Setiap Minggu Bagi Memastikan Pemantauan Berterusan Terhadap Prestasi Kerja, Mengenal Pasti Ruang Penambahbaikan, Serta Menyelaras Tindakan Susulan Secara Proaktif. Ia Juga Menjadi Platform Untuk Berkongsi Perkembangan Terkini, Cabaran Yang Dihadapi, Dan Cadangan Penambahbaikan Daripada Setiap Ahli Pasukan.

PEMATUHAN PENUH TERHADAP SOP TOYOTA
Toyota Terkenal Dengan Sistem Kerja Yang Sangat Tersusun Dan Menekankan Budaya Kerja Yang Berkualiti Tinggi. Justeru, Pihak Kami Sentiasa Memastikan Bahawa Semua Kerja-Kerja Yang Dilakukan Adalah Mengikut Standard Operating Procedure (SOP) Yang Ditetapkan Oleh Toyota.

LATIHAN KHAS
Setiap Staf Kami Diberi Latihan Khas Untuk Memahami Dan Mengaplikasikan SOP Ini Dalam Setiap Tugasan Harian. Ini Termasuk Pematuhan Terhadap Jadual Kerja, Kaedah Kerja Yang Betul, Penggunaan Peralatan Yang Sesuai, Serta Pemantauan Hasil Kerja Mengikut Standard Yang Ditetapkan.

PERLAKSANAAN
Mengamalkan Sepenuhnya Prinsip 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa Amal) Dalam Pengurusan Kerja Harian. Pendekatan Ini Bukan Sahaja Memastikan Tempat Kerja Yang Bersih Dan Teratur, Malah Meningkatkan Kecekapan Operasi Serta Keselamatan Pekerja.

PATUH
Kepatuhan Terhadap SOP Bukan Sahaja Meningkatkan Mutu Kerja, Malah Turut Memastikan Keselamatan, Keberkesanan Masa, Dan Kelancaran Operasi Di Tapak.

PENYELIA TAPAK YANG BERDEDIKASI DAN BERPENGALAMAN
KENALI LEBIH RAPAT
Kami Menyediakan Seorang Penyelia Tapak Yang Berpengalaman, Bertanggungjawab Dan Boleh Dipercayai Di Setiap Lokasi Kerja. Penyelia Ini Akan Memantau Keseluruhan Operasi Harian, Memastikan Kakitangan Hadir Mengikut Masa, Mematuhi SOP Yang Telah Ditetapkan, Serta Memastikan Hasil Kerja Mencapai Kualiti Yang Diharapkan. Selain Itu, Penyelia Kami Juga Berperanan Sebagai Perantara Utama Antara Pihak Kami Dan Pelanggan, Bagi Memastikan Komunikasi Yang Jelas, Tindak Balas Yang Cepat Terhadap Sebarang Isu, Dan Keupayaan Menyelesaikan Masalah Secara Proaktif.








