top of page
TEAM 6.jpg

Refresh & Rebuild: Trip Training Bina Puncak Trading di Sabah

 Perjalanan bermula dengan senyuman dan semangat satu pasukan
Perjalanan bermula dengan senyuman dan semangat satu pasukan

Pada 24 April hingga 26 April yang lalu, seramai 18 orang staff Bina Puncak Trading telah menyertai Program Peak Performance Mindset: Membina Tenaga Kerja Berimpak di The Klagan Regency. Trip ini membawa tema Refresh & Rebuild dengan fokus utama untuk mengeratkan hubungan sesama team dan membina semangat kerja yang lebih positif.


Kerjasama adalah kunci dalam setiap langkah permainan ini


Sebaik sahaja tiba di Sabah, kami terus bergerak untuk makan sebelum check-in hotel dan memulakan sesi latihan bersama trainer kami, Mohd Khair Bin Md Som. Pada slot pertama, kami dibahagikan secara rawak kepada beberapa kumpulan dan diberikan aktiviti secara berkumpulan. Antara yang paling menarik ialah permainan passing bola pingpong menggunakan lidi secara berbaris. Walaupun nampak mudah, aktiviti ini benar-benar menguji komunikasi dan kerjasama setiap ahli kumpulan.



Dinner seafood yang melengkapkan hari pertama di Sabah.


Malam pula diakhiri dengan makan malam di Todak Waterfront Hawker Centre. Ramai yang pertama kali merasa lobster dan menikmati pelbagai hidangan seafood yang sangat sedap. Suasana makan malam itu menjadi antara moment paling best sepanjang trip kerana semua dapat meluangkan masa bersama di luar sesi training.


Penamat yang menentukan kejayaan satu pasukan
Penamat yang menentukan kejayaan satu pasukan

Di hari kedua pula, salah satu aktiviti yang paling mendebarkan semasa slot kedua ialah cabaran membina “landasan” menggunakan tali. Setiap pasangan perlu memegang dan meregangkan dua tali sebelum disambungkan dengan pasangan lain untuk membentuk laluan bagi bola pingpong bergerak dari peserta pertama hingga peserta terakhir tanpa jatuh. Dengan kesemua 18 orang terlibat dalam satu permainan, suasana memang penuh debaran kerana semua perlu fokus, bekerjasama dan bergerak secara serentak.


Leadership that leads by example — Encik Mohd Khairy turut sama menerima sijil penghargaan
Leadership that leads by example — Encik Mohd Khairy turut sama menerima sijil penghargaan
Penutup program dengan sesi penyampaian sijil kepada semua peserta yang terlibat
Penutup program dengan sesi penyampaian sijil kepada semua peserta yang terlibat

Selepas tamat aktiviti landasan bola pingpong tersebut, kami diteruskan dengan sesi penyampaian sijil kepada semua peserta sebagai tanda penghargaan atas penglibatan dalam program ini. Sesi ini menjadi penutup kepada aktiviti training yang penuh cabaran dan gelak tawa, di samping mengiktiraf komitmen serta kerjasama setiap staff sepanjang program berlangsung. Ia juga menjadi momen yang bermakna sebelum kami menutup hari dengan penuh kenangan bersama-sama.





Desa Dairy Farm
Desa Dairy Farm

Rumah Terbalik


Jambatan Tamparuli


Selain sesi training, kami juga berpeluang menikmati keindahan Sabah dengan melawat beberapa tempat menarik seperti Pekan Nabalu, Desa Dairy Farm, Rumah Terbalik Tamparuli dan Jambatan Tamparuli. Cuaca sejuk di Kundasang, pemandangan Gunung Kinabalu yang cantik serta suasana tenang di dairy farm benar-benar memberikan pengalaman yang sukar dilupakan.


Encik Mohd Khairy Bin Abdullah dan Ed Zikrillah — bersama membina perjalanan syarikat, mengharungi cabaran dan mencipta kejayaan selama bertahun-tahun sebagai satu pasukan yang kuat
Encik Mohd Khairy Bin Abdullah dan Ed Zikrillah — bersama membina perjalanan syarikat, mengharungi cabaran dan mencipta kejayaan selama bertahun-tahun sebagai satu pasukan yang kuat

Teamwork bukan sahaja di tempat kerja, tetapi juga dalam setiap perjalanan bersama
Teamwork bukan sahaja di tempat kerja, tetapi juga dalam setiap perjalanan bersama

Program ini bukan sahaja memberikan pengalaman yang menyeronokkan, tetapi juga mengeratkan lagi hubungan antara semua staf. Penghargaan khas diberikan kepada pihak pengurusan Mohd Khairy Bin Abdullah atas penganjuran dan sokongan penuh terhadap program ini, diikuti oleh Ed Zikrillah selaku orang kanan yang sentiasa memastikan segala urusan berjalan lancar sepanjang trip berlangsung. Tidak dilupakan juga Nurul Dayana yang menguruskan keseluruhan perjalanan program dari awal hingga akhir dengan sangat baik dan teratur.


Trip ini pastinya menjadi salah satu memori paling bermakna buat seluruh warga Bina Puncak Trading dan bukan sekadar training, tetapi pengalaman yang menyatukan semua sebagai satu keluarga.

 
 
 

Komen


bottom of page