top of page
TEAM 6.jpg

PENYERTAAN BPT PERTANDINGAN BOLING DIANJURAN ILKEM

Updated: 16 Ogo

Poster Kejohanan Boling ILKEM 2025
Poster Kejohanan Boling ILKEM 2025
Pemenang No. 6 Di Pertandingan Boling Anjuran Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (ILKEM).
Pemenang No. 6 Di Pertandingan Boling Anjuran Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (ILKEM).


Pada hujung minggu lalu, Bina Puncak Trading telah menyertai Pertandingan Boling anjuran Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (ILKEM) yang diadakan di Dream Bowl, Nilai. Sebanyak lapan orang kakitangan BPT telah mewakili syarikat dalam kejohanan ini dengan semangat kesukanan yang tinggi.


Pertandingan yang berlangsung selama lebih kurang tiga jam ini menyaksikan pelbagai pasukan berentap untuk merebut kedudukan terbaik. Sepanjang permainan, pasukan BPT menunjukkan kerjasama yang mantap, kesungguhan dan komitmen untuk memberikan persembahan yang terbaik.


Berita gembira diterima apabila BPT berjaya merangkul tempat ke-6 keseluruhan semasa majlis penyampaian hadiah. Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan syarikat tetapi turut mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat berpasukan dalam kalangan warga kerja BPT.



Pasukan BPT dari tapak ILKEM
Pasukan BPT dari tapak ILKEM
ree

 
 
 

Komen


bottom of page